Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes penemuan tubuh dikerat 8: Rasa marah dipercayai punca pembunuhan

Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada 10 Oktober lalu berpunca daripada perasaan marah, yang mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes penemuan tubuh dikerat 8: Rasa marah dipercayai punca pembunuhan

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 07:00PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 07:10PM

MELAKA: Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada 10 Oktober lalu berpunca daripada perasaan marah, yang mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka.

Timbalan Ketua Polis Melaka Shahrul Laili Masduki berkata berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ada isu yang dibangkit atau ditimbulkan isteri suspek warga Singapura itu sehingga menyebabkan lelaki itu marah sehingga sanggup membunuh isterinya.

"Kes ini kita anggap selesai yang mana suspek telah ditangkap dan direman. Pada hari ini juga reman suspek disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut,” kata beliau kepada para pemberita hari ini (18 Okt).

"Sekarang ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan yang kini telah capai 98 peratus sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," tambah beliau.

Mengulas lanjut, Encik Shahrul Laili berkata polis sedang menunggu keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek dari pihak hospital, dan juga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa sebelum identiti mereka disahkan.

Pada 10 Okt lalu, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dipercayai lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan perindustrian itu.

Ketua Polis Melaka Mat Kasim Karim sebelum ini dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan anggota badan itu ada kaitan dengan kes pembunuhan dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Oktober lalu.

Menyusuli itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Kini tempoh reman suspek dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Oktober ini.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan