Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pembunuhan Khashoggi 'tidak akan berlaku lagi'

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menegaskan negara itu komited untuk melakukan ‘siasatan menyeluruh dan lengkap’ mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Turki.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pembunuhan Khashoggi 'tidak akan berlaku lagi'

Menteri Ehwal Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir. (Gambar: AFP/Fayez Nureldine)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 03:32PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 03:36PM

JAKARTA: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, menegaskan negara itu komited untuk melakukan ‘siasatan menyeluruh dan lengkap’ mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Turki.

Arab Saudi kata beliau akan memastikan 'kebenaran terbongkar dan mereka yang bertanggungjawab di atas kematian itu akan ditahan'.

Encik Adel al-Jubeir berkata demikian di Indonesia selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya di Jakarta.

Beliau juga menegaskan pembunuhan pengkritik seperti Jamal Khashoggi tidak akan berlaku lagi.

“Saya menyatakan komitmen kerahaan untuk melihat siasatan menyeluruh dan lengkap dan kebenaran akan terserlah.

“Mekanisme dan prosedur dilakukan bagi memastikan sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi,” tambah beliau.

Encik Khashoggi, kolumnis dan pengkritik kerajaan Arab Saudi, hilang selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya

Riyadh, pada awalnya menafikan mengetahui nasib beliau sebelum mengaku wartawan itu dibunuh dalam konsulat, penjelasan yang mengundang skeptikal dari beberapa pemerintah Barat.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada awalnya berkata beliau mendapati penjelasan Arab Saudi berhubung kematian Encik Khashoggi sebagai 'boleh dipercayai.

Namun, bercakap kepada para wartawan di Rumah Putih pada Isnin (22 Okt) beliau berkata:

"Saya tidak puas hati dengan apa yang saya dengar sejak itu dan kita lihat apa maklumat yang ada." 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan