Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pembunuhan Khashoggi: Pendakwa raya Arab bertemu rakan sejawat di Istanbul

Pendakwa raya Arab Saudi bertemu dengan ketua pendakwaan Turki di Istanbul berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan Turki.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pembunuhan Khashoggi: Pendakwa raya Arab bertemu rakan sejawat di Istanbul

Wartawan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi. (Gambar: Mohammed Al-Shaikh/AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 08:23AM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 08:25AM

ISTANBUL: Pendakwa raya Arab Saudi bertemu dengan ketua pendakwaan Turki di Istanbul berhubung kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan Turki.

Sheikh Saud al-Mojeb berbincang dengan Ketua Pendakwa Umum Istanbul, Encik Irfan Fidan, mengenai butiran siasatan kes kematian Khashoggi yang sedang dijalankan pada Isnin (29 Okt), lapor Agensi Berita Anadolu.

Encik Khashoggi dilaporkan hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Okt.

Riyadh mengakui Encik Khashoggi sudah dibunuh di dalam konsulat tersebut dan 18 orang ditahan berhubung pembunuhannya hasil satu siasatan dalaman terhadap kes itu.

Minggu lepas, pihak pendakwaan Turki memohon perintah ekstradisi terhadap suspek untuk dibicarakan di Turki manakala pihak Arab Saudi berkata mereka akan didakwa di Arab Saudi.

Polis Turki dan para penyiasat lokasi jenayah sudah menggeledah konsulat Arab Saudi, kediaman konsul jeneralnya serta sebuah kawasan hutan di Istanbul dalam usaha mengesan dan mencari mayat Khashoggi.

Sheikh Saud Al-Mojeb dilaporkan bakal menjalankan satu siasatan di konsulat Arab Saudi pada Isnin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan