Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pembunuhan Khashoggi antara jenayah paling teruk dalam sejarah - Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pembunuhan wartawan Saudi, Encik Jamal Khashoggi, tidak sepatutnya berlaku.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2018 07:04PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 08:54PM

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pembunuhan wartawan Saudi, Encik Jamal Khashoggi, tidak sepatutnya berlaku.

Beliau menyifatkannya sebagai antara percubaan menutup sesuatu jenayah yang paling teruk dalam sejarah.

Beliau berkata demikian di satu mesyuarat bersama para pemimpin ketenteraan di Rumah Putih hari ini (24 Okt).

Penutupannya itu teruk dan perlaksanaannya juga teruk. Bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilaksanakan atau disembunyikan kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Para pegawai Saudi kini mengaku bahawa Encik Khashoggi sudah meninggal dunia setelah berminggu-minggu menafikan dakwaan tersebut.

Namun mereka berkata kejadian itu berlaku secara tidak sengaja dalam satu pergaduhan yang tercetus di konsulatnya di Istanbul.

Para pemimpin Saudi menafikan sebarang pembabitan dalam pembunuhan itu dan menyalahkan orang-orang bawahan mereka.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo mengesyaki suspeknya datang dari kalangan pegawai perisikan, mahkamah diRaja, kementerian ehwal luar dan beberapa kementerian Saudi lain.

Amerika menyatakan ia akan menarik balik visa 21 rakyat Saudi yang didakwa terlibat dalam pembunuhan itu menyusuli gesaan supaya langkah-langkah tegas diambil.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman kini menjadi perhatian ramai kerana beliau dituduh mengarahkan pembunuhan itu.

Satu sidang puncak pelaburan penting, "Davos in the desert" juga kini dibayangi dengan pembatalan beberapa negara besar untuk menyertainya.

Namun pihak penganjur berkata acara itu berjalan seperti biasa dengan pengumuman 12 "perjanjian besar" bernilai lebih $50 bilion.  

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan