Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes Najib Razak: 'Derma Arab' adalah satu penipuan, kata Timbalan Pendakwa Raya

Timbalan Pendakwa Raya Encik V. Sithambaram hari ini (21 Apr) memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan Encik Najib Razak mengembalikan sebahagian ‘derma Arab’ kononnya kepada pengirim tanpa sebarang penjelasan atau surat ucapan terima kasih menunjukkan derma Arab itu adalah satu penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Najib Razak: 'Derma Arab' adalah satu penipuan, kata Timbalan Pendakwa Raya

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 05:34PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 05:37PM

PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa Raya Encik V. Sithambaram hari ini (21 Apr) memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan Encik Najib Razak mengembalikan sebahagian ‘derma Arab’ kononnya kepada pengirim tanpa sebarang penjelasan atau surat ucapan terima kasih menunjukkan derma Arab itu adalah satu penipuan.

Beliau berkata jika itu adalah sumbangan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud mengapa ia harus dikembalikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanore Finance Corp.

“Raja itu tidak pernah meminta wang itu dikembalikan. Malah, perayu (Najib) berkata wang itu didermakan oleh Raja Arab Saudi untuk memastikan Malaysia boleh menjadi model negara Islam yang stabil dan moden.

“Adalah ‘benar-benar pelik’ bagi Najib untuk memulangkan derma sebanyak RM2.6 bilion (S$840 juta) daripada Raja kepada sebuah syarikat.

“Ini adalah cubaan terdesak untuk menyokong kes pembelaan. Encik Najib, dalam keterangannya, menyatakan ia adalah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang memintanya memulangkan duit itu kepada Tanore,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan