Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes lanun Asia naik 19% pada 2017

Sebuah badan pemantau serangan lanun menggesa pihak berkuasa di rantau ini supaya meningkatkan keselamatan serta kewaspadaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2018 07:53PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:52PM

SINGAPURA: Sebuah badan pemantau serangan lanun menggesa pihak berkuasa di rantau ini supaya meningkatkan keselamatan serta kewaspadaan.

Ini kerana kes serangan lanun dan rompakan laut bersenjata terus naik di Asia.

Sebanyak 101 kes dilaporkan tahun lalu - peningkatan 19 peratus berbanding tahun 2016.

Dapatan tersebut dikeluarkan Pusat Pengongsian Maklumat mengenai Rompakan Bersenjata dan Perjanjian Kerjasama membanteras Kegiatan Lanun atau ReCAAP.

Tetapi meskipun keseluruhan kes lanun dan rompakan laut bersenjata meningkat, insiden paling teruk - seperti penculikan anak kapal dan pencurian minyak kargo - turun 50 peratus.

Laporan itu juga menekankan insiden melibatkan serangan lanun dan rompakan bersenjata di pelabuhan serta kawasan-kawasan berlabuh di India, Malaysia dan Vietnam telah merosot.

Bagaimanapun, Bangladesh, Filipina, Selat Melaka dan Singapura menyaksikan peningkatan dalam kes-kes tersebut.

Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan