Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes Kim Kim: Kesemua 111 sekolah Pasir Gudang ditutup

Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor, ditutup serta-merta menyusuli satu kes pembocoran kimia yang menyebabkan beratus-ratus orang jatuh sakit akibat keracunan metana.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes Kim Kim: Kesemua 111 sekolah Pasir Gudang ditutup

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 14 Mar 2019 08:50AM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 08:53AM

JOHOR: Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor, ditutup serta-merta menyusuli satu kes pembocoran kimia yang menyebabkan beratus-ratus orang jatuh sakit akibat keracunan metana.

Setakat sehingga semalam (13 Mac) 506 orang sudah dimasukkan ke hospital.

Sembilan daripadanya juga dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tersebut akan didakwa hari ini (14 Mac).

Menurut Cik Yeo, beliau sudah berurusan dengan Peguam Negara tentang kemungkinan mengenakan beberapa tuduhan ke atas suspek.

Ini disebabkan jenis kesalahan yang dilakukan dan kekurangan hukuman di bawah Akta Mutu Alam Sekitar 1974.

Jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda RM500,000 (S$165,600).

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan