Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes kehilangan Khashoggi sebenarnya sasarkan Arab Saudi, kata Menteri Luar Bahrain

 Menteri Luar Bahrain pada Jumaat (12 Okt) berkata pihak yang menjadi sasaran di sebalik misteri kehilangan wartawan Jamal Khashoggi adalah Arab Saudi, menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik media tempatan Al Arabiya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kehilangan Khashoggi sebenarnya sasarkan Arab Saudi, kata Menteri Luar Bahrain

Wartawan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi. (Gambar: Mohammed Al-Shaikh/AFP)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 08:06AM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 08:10AM

MANAMA: Menteri Luar Bahrain pada Jumaat (12 Okt) berkata pihak yang menjadi sasaran di sebalik misteri kehilangan wartawan Jamal Khashoggi adalah Arab Saudi, menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik media tempatan Al Arabiya.

Sheikh Khalid bin Ahmed al-Khalifa menulis di laman Twitternya bahawa pihak yang menuding jari ke arah Arab Saudi berkaitan kes itu tidak berminat mencari kebenaran.

"Buangkan topeng anda kerana kami sentiasa menyokongnya (Arab Saudi) dengan jiwa kami," kata menteri itu.

Beberapa menteri lain turut melahirkan sokongan terhadap Arab Saudi.

Menteri Luar Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan berkata negara itu sentiasa menyokong Arab Saudi. 

Menteri Negara Ehwal Luar UAE, Anwar Gargash berkata terdapat satu "kempen yang hebat terhadap Riyadh," selain satu penyelarasan antara pihak-pihak yang menghasut.

Jamal Khashoggi, seorang wartawan dan penulis ruang akhbar The Washington Post dilaporkan hilang sejak beliau memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan dokumen-dokumen untuk melangsungkan perkahwinannya.

Menurut laporan-laporan yang tidak disahkan, Encik Khashoggi mungkin dibunuh semasa berada di dalam pekarangan konsulat itu, namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa Arab Saudi yang menyifatkannya sebagai "tidak berasas."

Turki dan Arab Saudi juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan bersama bagi menyiasat kes kehilangan wartawan itu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan