Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes kebakaran hutan di Sarawak bertambah

Insiden kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan setakat 8.00 pagi ini (17 Ogos) menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kebakaran hutan di Sarawak bertambah

Jumlah kawasan terjejas setakat ini ialah seluas 1,391.73 ekar di Sarawak.

Diterbitkan : 17 Aug 2019 11:48AM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 11:56AM

KUCHING: Insiden kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan setakat 8.00 pagi ini (17 Ogos) menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Jumlah kawasan terjejas setakat ini ialah seluas 1,391.73 ekar serta turut terjejas dua buah rumah masing-masing di Kampung Sangki, Simunjan dan Kampung Sedi di Pulau Bruit.

“Secara Purata JBPM Sarawak bertindak ke atas 30 kes kebakaran api belukar setiap hari dan untuk hari ini, bahagian Kuching mencatat kes tertinggi dengan lapan kes, diikuti Miri (4) dan Betong (3),” menurut kenyataan JPBM Sarawak.

Antara lokasi yang masih melibatkan operasi sehingga hari ini ialah di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis yang memasuki hari ke-10 yang melibatkan keluasan terbakar seluas 40 hektar (100 ekar) di mana keluasan yang telah berjaya dipadamkan ialah 36.8 hektar (92 ekar).

“Selain itu, Kampung Tuie, Sarabang, Betong telah memasuki hari ketujuh dengan melibatkan keluasan yang terbakar seluas 26.4 hektar (66 ekar) manakala keluasan yang sudah berjaya dipadam ialah 24 hektar (60 ekar),” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan