Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes denggi di Johor capai hampir 1,500 dalam 7 minggu dengan 4 maut

Kes denggi di Johor dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak kepada 1,492 kes bagi tempoh tujuh minggu pertama tahun ini berbanding 776 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes denggi di Johor capai hampir 1,500 dalam 7 minggu dengan 4 maut

Nyamuk aedes aegypti, yang membawa virus Zika dan denggi. (Gambar: AFP/Marwin Recinos)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 11:17PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 11:19PM

ISKANDAR PUTERI: Kes denggi di Johor dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak kepada 1,492 kes bagi tempoh tujuh minggu pertama tahun ini berbanding 776 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata peningkatan sebanyak 92.27 peratus itu menjadikan Johor negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Bagi tempoh empat minggu pertama tahun ini, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan tiga kematian di Johor Bahru dan satu di Batu Pahat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar, dekat sini, hari ini (20 Feb).

Pada tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak dua kematian direkodkan sementara bagi tempoh sepanjang tahun lepas, 20 kematian direkodkan.

Menurut beliau, faktor peningkatan kes denggi adalah kurangnya kebersihan persekitaran kawasan kediaman di samping faktor cuaca panas dan hujan yang menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.

“Masyarakat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan perlu peka tentang kebersihan khususnya kawasan yang mudah bertakung untuk mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Oleh itu, pihaknya merancang untuk mempelbagaikan kempen kesedaran terutamanya melalui media massa.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan