Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes curi motosikal jenayah paling lazim di Iskandar Puteri

Kecurian motosikal dilaporkan sebagai antara kes jenayah paling tinggi dicatatkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes curi motosikal jenayah paling lazim di Iskandar Puteri

Kes curi motosikal dilaporkan sebagai jenayah paling lazim di Iskandar Puteri. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Dec 2018 04:18PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 04:20PM

JOHOR BAHRU: Kecurian motosikal dilaporkan sebagai antara kes jenayah paling tinggi dicatatkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh 2018.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kecurian motosikal dicatatkan sebanyak 410 kes sejak Januari sehingga 29 Dis berbanding 336 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Kes kecurian motosikal meningkat dalam dua bulan terakhir tahun ini. Kawasan yang menjadi tumpuan jenayah ini adalah sekitar Gelang Patah, Kangkar Pulai dan Nusa Bestari,” kata ACP Dzulkhairi.

Beliau menambah, kebanyakan mangsa kes kecurian motosikal adalah golongan yang bekerja di Singapura, dengan suspek bertindak ketika mangsa sedang bekerja di republik tersebut.

Beliau berkata kes jenayah membabitkan kecurian lain turut dilaporkan mengalami peningkatan dari segi bilangan kes seperti kecurian di dalam pasar raya yang meningkat kepada 174 kes sejak Januari sehingga 29 Dis berbanding 149 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kes jenayah di sekitar kawasan IPD Iskandar Puteri masih lagi terkawal.

“Kawasan di bawah IPD Iskandar Puteri masih lagi dilaporkan sebagai kawasan selamat untuk didiami dan saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak gusar dengan keselamatan di kawasan ini kerana ia masih lagi terkawal,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan