Images
  • covid-19 swab test america
    Seorang pelajar wanita di New York, AS jalani ujian swab COVID-19 (Gambar: AFP/Angela Weiss)

Kes COVID-19 seluruh dunia lepasi 112 juta, 2.4 juta meninggal dunia

AMERIKAT SYARIKAT: Di merata dunia, jumlah kes COVID-19 sudah melepasi 112,000,000.

Lebih 2.4 juta pesakitnya pula sudah meninggal dunia.

Di Amerika Syarikat, bilangan kematian pesakit COVID-19 hampir mencapai 511,000 orang daripada lebih 28.7 juta kes setakat ini.

Jumlah kes dan kematian pesakit COVID-19 di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu bilangan kes dan kematian baru terus berkurangan.

Menurut akhbar New York Times, sejak dua minggu lalu bilangan kes baru turun 44 peratus manakala jumlah kematian pesakitnya merosot 35 peratus.

Pentadbiran baru Presiden Joe Biden telah menggiatkan usaha untuk mempercepat suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berjanji untuk menyuntik 100 juta penduduk dalam masa 100 hari pertama pemerintahannya.

Pakar penyakit berjangkit terkemuka negara itu, Dr Anthony Fauci berkata langkah-langkah untuk menghentikan penularan COVID-19 mungkin dapat dilonggarkan secara bertahap apabila semakin ramai orang diberi suntikan vaksin itu.

Namun, dalam wawancara dengan CNN, Dr Fauci juga berkata para penduduk Amerika, besar kemungkinan, masih perlu terus pakai pelitup tahun depan.

- Agensi berita/MU/nk

Top