Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 sejagat jangkaui 259 juta; angka korban 5.17 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 259 juta setelah lebih beratus-ratus ribu kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 sejagat jangkaui 259 juta; angka korban 5.17 juta

Papan tanda di Berlin, Jerman pada 10 Okt 2021 yang iklankan ujian ART COVID-19 (Gambar: John MACDOUGALL/AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 11:09AM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 11:10AM

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 259 juta setelah lebih beratus-ratus ribu kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaru oleh Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara paling terjejas dengan lebih 48 juta kes dilaporkan.

Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

Britain pula mencatatkan lebih 10 juta kes dan Rusia kini mencatatkan lebih 9 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Manakala, Singapura merekodkan lebih 257,000 kes.

Sementara itu, angka korban sejagat angkara COVID-19 kini melebihi 5.17 juta.

Berdasarkan data Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 775,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 613,000 kes, India lebih 466,000 kes dan Mexico lebih 292,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 47,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan