Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 sejagat jangkaui 239.4 juta, angka korban cecah 4.87 juta

Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 239.4 juta, setelah lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 sejagat jangkaui 239.4 juta, angka korban cecah 4.87 juta

Mayat pesakit COVID-19 dihantar ke bilik mayat. (Gambar: REUTERS/Ivan Pierre Aguirre)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 08:22AM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 08:23AM

WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 239.4 juta, setelah lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 44.7 juta kes.

Ini diikuti dengan India yang mencatatkan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

Britain mencatatkan lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki masing-masing mencatatkan lebih 7 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan angka tertinggi kes COVID-19 melebihi 4.2 juta.

Ini diikuti dengan Filipina yang mencatatkan lebih 2.6 juta, Malaysia dengan lebih 2.3 juta kes dan Thailand dengan 1.7 juta kes.

Singapura pula melaporkan lebih 135,000 kes COVID-19.

Angka korban angkara COVID-19 secara global kini menjangkau 4.87 juta.

Menurut data oleh Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 720,000 kes.

Ini disusuli dengan Brazil yang melaporkan lebih 601,000 kes kematian, India dengan lebih 451,000 kematian dan Mexico yang mencatatkan lebih 283,000 kematian.

Di Asia Tenggara, Indonesia sekali lagi mendahului senarai dengan lebih 142,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 40,000 diikuti Malaysia dengan 27,000 kes.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan