Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 naik di Tulsa 2 minggu selepas kempen pilihan raya Trump

Bandar Tulsa di Amerika Syarikat (AS), kawasan Presiden Donald Trump mengadakan kempen pilihan raya presiden pertamanya di tengah-tengah wabak COVID-19 pada 20 Jun lalu, menyaksikan peningkatan kes baru, lapor agensi berita Xinhua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 naik di Tulsa 2 minggu selepas kempen pilihan raya Trump

Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 04:58PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 05:00PM

WASHINGTON: Bandar Tulsa di Amerika Syarikat (AS), kawasan Presiden Donald Trump mengadakan kempen pilihan raya presiden pertamanya di tengah-tengah wabak COVID-19 pada 20 Jun lalu, menyaksikan peningkatan kes baru, lapor agensi berita Xinhua. 

Terdapat jumlah kes yang tinggi dilaporkan minggu ini di Tulsa, bandar kedua terbesar di wilayah Oklahoma, dengan hampir 500 kes dalam masa dua hari dan menyaksikan trend peningkatan, kata pengarah eksekutif Jabatan Kesihatan Tulsa Dr Bruce Dart pada sidang media, Rabu.

Menurut laporan CNN, ada penurunan kes sebanyak 20 peratus pada 28 Jun hingga 4 Julai. 

Jabatan Kesihatan Tulsa melaporkan 266 kes baru pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan 4,571.

Dr Dart berkata terdapat beberapa acara besar berlaku sepanjang dua minggu yang lalu, termasuk kempen.

"Kempen Presiden berlaku 18 hari yang lalu, semua yang hadir diperiksa suhu badan mereka dan diberi pelitup muka dan cecair pembasmi kuman turut disediakan," kata pengarah komunikasi kempen Trump, Encik Tim Murtaugh.

Kira-kira 6,200 orang menghadiri kempen itu, menurut Jabatan Bomba Tulsa. Sebilangan besar mereka tidak memakai pelitup muka. 

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan