Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 meningkat di wilayah Victoria sedang beberapa daerah akhiri perintah berkurung

Wilayah Victoria di Australia melaporkan jumlah tertinggi kenaikan kes harian COVID-19 tahun ini, dengan sebahagian besar kes dilaporkan di Melbourne sedang perintah berkurung di daerah lain dalam wilayah itu berakhir hari ini (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 meningkat di wilayah Victoria sedang beberapa daerah akhiri perintah berkurung

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 10:09AM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 10:10AM

SYDNEY: Wilayah Victoria di Australia melaporkan jumlah tertinggi kenaikan kes harian COVID-19 tahun ini, dengan sebahagian besar kes dilaporkan di Melbourne sedang perintah berkurung di daerah lain dalam wilayah itu berakhir hari ini (10 Sep).

Para pegawai mengumumkan rancangan untuk menamatkan perintah berkurung yang dilanjutkan di Melbourne dan Sydney dalam beberapa minggu akan datang, meskipun kes jangkitan terus meningkat di kedua-dua bandar terbesar di Australia itu.

Peralihan strategi daripada membendung virus kepada meneruskan kehidupan dengan virus tersebut setelah kadar vaksinasi di negara itu mencecah 70 hingga 80 peratus adalah sebahagian daripada pelan empat fasa pembukaan semula yang didedahkan oleh pemerintah pada Julai. Kadar vaksinasi kebangsaan bagi golongan dewasa di negara itu kini adalah sekitar 40 peratus.

Ketua Wilayah Victoria Daniel Andrews, yang mana wilayahnya melaporkan 334 kes baru tempatan COVID-19 dan satu kematian hari ini, berkata bahawa sekatan perintah berkurung di Melbourne tidak akan dilonggarkan sehingga 70 peratus daripada penduduk dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, yang dijangka sekitar 23 September.

Ketua Wilayah New South Wales Gladys Berejiklian pada Khamis (9 Sep) berkata perniagaan-perniagaan di Sydney boleh dibuka semula sebaik sahaja 70 peratus daripada penduduk dewasa di wilayah itu sudah menerima vaksin, iaitu satu sasaran yang dijadual dicapai sekitar pertengahan Oktober.

Encik Berejiklian hari ini menafikan bahawa beliau menentang nasihat pegawai kesihatan wilayah itu, yang menurut laporan media tempatan, mahu sekatan dilonggarkan hanya apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus.

"Selama ini perjalanannya adalah untuk mengimbangi risiko kesihatan dengan kesihatan mental dan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan teruskan kehidupan dengan COVID," kata Encik Berejiklian kepada Nine News. "Kami sememangnya berada dalam fasa peralihan dan ia adalah mencabar."

Ibu negeri Australia, Canberra juga tertakluk kepada langkah-langkah perintah berkurung disebabkan oleh penularan varian Delta namun sebahagian besar bandar-bandar lain dapat meneruskan dengan kehidupan bebas COVID.

Keseluruhan jumlah kes COVID-19 di Australia kekal sebanyak 68,400 kes dengan 1,067 kematian dilaporkan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan