Images
  • myanmar covid-19 ppe
    Pekerja kesihatan memakai di sebelah ambulans di Yangon, Myanmar, pada 27 Sep 27 2020 di tengah-tengah penularan COVID-19. (Gambar fail: REUTERS/Shwe Paw Mya Tin)

Kes COVID-19 melonjak, Myanmar sasar kadar vaksinasi lebih tinggi

YANGON: Kementerian kesihatan yang dikuasai tentera Myanmar menjangkakan separuh daripada penduduknya akan diberi suntikan vaksin COVID-19 tahun ini, lapor media rasmi negara itu pada Selasa (20 Jul), sehari setelah pihak berkuasa mengumumkan rekod baru angka korban akibat koronavirus.

Media pemerintah Global New Light of Myanmar melaporkan hanya sekitar 1.6 juta daripada 54 juta penduduk negara itu sudah divaksinasi.

Bagaimanapun ia menambah "vaksin terus diimport untuk memastikan 100 peratus penduduk divaksinasi sepenuhnya".

Laporan itu menambah sekitar 750,000 dos vaksin dari China akan tiba pada Khamis dan lebih banyak akan dihantar dalam tempoh dua hari selepas itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam satu laporan pada Isnin, ia sedang meningkatkan usaha untuk memerangi "lonjakan kes COVID-19 yang membimbangkan" dan menjangkakan Myanmar akan menerima cukup vaksin melalui kemudahan COVAX tahun ini untuk 20 peratus penduduk.

Myanmar melaporkan 281 kematian COVID-19 pada Isnin, serta 5,189 jangkitan baru, menurut laporan media rasmi MRTV Television yang memetik perangkaan kementerian kesihatan.

Namun angka korban dijangka jauh lebih tinggi daripada yang dipetik, dan kemudahan krematorium tidak dapat menampung jumlah mayat.

- Reuters/TQ/tq

Top