Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 melonjak, Hong Kong tutup semula sekolah

Semua sekolah di Hong Kong ditutup semula selepas berlaku lonjakan kes baru COVID-19, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar South China Morning Post pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 melonjak, Hong Kong tutup semula sekolah

Seorang murid di Hong Kong kelihatan memakai pelitup di tengah COVID-19 (Gambar: Reuters/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 07:35PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 07:57PM

MOSCOW: Semua sekolah di Hong Kong ditutup semula selepas berlaku lonjakan kes baru COVID-19, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar South China Morning Post pada Jumaat (10 Jul).

Menurut sumber perubatan, lebih 30 orang disahkan dijangkiti virus itu, 11 daripadanya penduduk yang tinggal berdekatan kawasan penempatan Shui Chuen O Estate di bandar Sha Tin. Tarikh penangguhan sekolah dijangka diumum pada  Jumaat.

Lonjakan kes berlaku menjelang Pesta Buku Hong Kong, yang dijadual minggu depan. Sebelum ini, dilaporkan beberapa pegawai di bandar raya itu meminta acara berkenaan dibatalkan, bagaimanapun, Menteri Kesihatan tetap untuk menganjurkannya dengan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk penjarakan sosial.

"Keputusan yang sepatutnya, saya percaya adalah membatalkan pameran itu," kata David Hui Shu-cheong dari Universiti China.

"Andai ada orang di pameran itu (termasuk pengunjung atau penjual buku) dijangkiti, banyak kontak perlu dikesan ia merupakan masalah besar," katanya.

Hong Kong setakat ini mengesahkan 1,366 kes COVID-19, tujuh kematian dan 1,176 pesakit sembuh.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan