Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 melonjak di Victoria sedang Sydney longgarkan sekatan

Wilayah Victoria di Australia pada Isnin (20 Sep) melaporkan kenaikan tertinggi kes harian COVID-19 pada tahun ini, ketika Sydney mula melonggarkan beberapa sekatan meskipun kes jangkitan masih berlarutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 melonjak di Victoria sedang Sydney longgarkan sekatan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 12:03PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 12:07PM

SYDNEY: Wilayah Victoria di Australia pada Isnin (20 Sep) melaporkan kenaikan tertinggi kes harian COVID-19 pada tahun ini, ketika Sydney mula melonggarkan beberapa sekatan meskipun kes jangkitan masih berlarutan.

Perintah sekatan pergerakan ketat di Victoria akan ditamatkan sebaik sahaja 70 peratus penduduk dewasa negara itu lengkap divaksin, yang dijangka pada sekitar 26 Oktober. Pihak berkuasa pula meletakkan sasaran kadar vaksinasi mencapai liputan 80 peratus sebelum penganjuran Piala Melbourne pada 2 November, iaitu acara lumba kuda popular di Australia.

Sebanyak 567 kes tempatan dicatatkan di Victoria, sebahagian besar dikesan di ibu kota Melbourne. Jumlahnya meningkat berbanding 507 kes pada Ahad (19 Sep) dan satu kematian baru dilaporkan. Ini menjadikan kes harian melebihi 500 sepanjang lima hari lalu.

Hampir separuh daripada 25 juta penduduk Australia kini menjalani perintah sekatan pergerakan selepas varian Delta merebak dengan pantas di Sydney dan Melbourne, sekaligus memaksa Victoria dan New South Wales membatalkan sasaran sifar kes COVID dan beralih ke langkah mempercepatkan program vaksinasi bagi mengekang penularan.

Australia yang sebahagian besarnya melaporkan sifar kes COVID-19 sejak sekian lama, mencatatkan 1,163 kematian dan sekitar 86,000 kes.

Kira-kira 55,000 kes dilaporkan sejak pertengahan Jun apabila jangkitan varian Delta yang pertama dikesan di Sydney. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan