Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 M'sia susut kembali bawah paras 6,000

Selepas menyaksikan peningkatan melepasi angka 6,000 pada Khamis, kes harian COVID-19 di Malaysia turun kepada 5,501 hari ini (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 M'sia susut kembali bawah paras 6,000

Orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Sinovac di traik vaksin bergerak di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21 Jun 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 07:40PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 07:49PM

KUALA LUMPUR: Selepas menyaksikan peningkatan melepasi angka 6,000 pada Khamis, kes harian COVID-19 di Malaysia turun kepada 5,501 hari ini (26 Nov).

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di negara tersebut mencecah 2,614,480.

"Daripada jumlah itu, 5,476 kes melibatkan jangkitan tempatan dan 25 lagi kes import," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 5,423 kes atau 98.6 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala baki 78 kes atau 1.4 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

Katanya kes sembuh pula mencatatkan jumlah 6,664 menjadikan kumulatif pesakit yang pulih mencecah 2,516,693 orang. 

Dr Noor Hisham juga berkata kes yang memerlukan rawatan di Unit jagaan Rapi (ICU) ialah 445 dengan 167 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi perkembangan kluster, beliau berkata tujuh kluster dikesan menjadikan 236 kluster masih aktif manakala nilai kebolehjangkitan (Rt) negara masih kekal 0.99.

Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12.00 tengah malam setiap hari.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan