Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 M'sia naik lagi; cecah paras 17,105

Sebanyak 17,105 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 M'sia naik lagi; cecah paras 17,105

Seorang petugas kesihatan dilihat di Segamut. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 05:34PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 05:35PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,105 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa (3 Ogos).

Jumlah kes hari ini adalah penambahan berbanding 15,764 jangkitan yang dicatatkan pada Isnin.

Dr Noor Hisham menerusi catatan di Facebook beliau berkata kes-kes baru itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 1,163,291 kes.

Beliau berkata Selangor kekal negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309); Johor (1,275); Kedah (1,036); dan Sabah (1,010).

Perak pula merekodkan 967 kes baru, Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima).

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan