Images
  • world covid-19
    (Gambar: Reuters)

Kes COVID-19 global cecah 238.5 juta, angka kematian melebihi 4.86 juta

WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 238.5 juta.

Ini selepas lebih ratusan ribu kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaru oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 44.5 juta kes.

Ini disusuli dengan India yang melaporkan lebih 33.9 juta kes dan Brazil mencatatkan lebih 21.5 juta kes.

Lebih 8 juta kes dilaporkan di Britain manakala Rusia, Perancis dan Turki masing-masing mencatatkan lebih 7 juta kes.

Kes COVID-19 di Argentina melebihi 5 juta disusuli dengan Colombia dan Sepanyol yang semakin menghampiri jumlah tersebut.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini disusuli dengan Filipina yang melaporkan lebih 2.6 juta kes, Malaysia dengan lebih 2.3 juta kes dan Thailand mencatatkan 1.7 juta kes.

Singapura mencatatkan lebih 132,000 kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini menjangkau 4.86 juta.

Menurut data Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal mencatatkan angka korban tertinggi iaitu melebihi 715,000 kes.

Di Asia Tenggra, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan mencatatkan lebih 142,000 kes kematian angkara COVID-19.

Ini disusuli oleh Filipina yang melaporkan lebih 39,000 kes kematian dan Malaysia yang mencatatkan 27,000 kes kematian.

- Agensi berita/HA/ha

Top