Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di Malaysia meningkat melepasi 14,000 jangkitan baru

Kes baru COVID-19 di Malaysia setakat petang Jumaat (24 Sep) kembali meningkat dengan 14,554 kes berbanding 13,754 kes untuk tempoh yang sama, semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Malaysia meningkat melepasi 14,000 jangkitan baru

Petugas perubatan di M'sia lengkap berpakaian PPE berehat seketika di pagar. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 02:58PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 03:00PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia setakat petang Jumaat (24 Sep) kembali meningkat dengan 14,554 kes berbanding 13,754 kes untuk tempoh yang sama, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya berkata dengan angka terbaru itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,171,232 kes.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, disusuli Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 pula ialah Kedah dengan 908 kes, Kelantan (910), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157). 

Sementara itu, Perlis mencatatkan 65 kes dan Putrajaya 30 kes manakala Labuan tidak merekodkan sebarang kes setakat petang ini. 

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan