Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di Malaysia kembali naik melebihi 15,000, Sarawak dan Johor tertinggi

Kes COVID-19 di Malaysia meningkat hari ini kepada 15,759 kes selepas lima hari berturut-turut mencatatkan trend penurunan dengan semalam merekodkan 14,345 kes. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di Malaysia kembali naik melebihi 15,000, Sarawak dan Johor tertinggi

Dua individu mendapatkan vaksin COVID-19 AstraZeneca di sebuah pusat vaksinasi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 5 Mei 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 04:54PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 04:56PM

KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia meningkat hari ini kepada 15,759 kes selepas lima hari berturut-turut mencatatkan trend penurunan dengan semalam merekodkan 14,345 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran menerusi akaun Twitter beliau memaklumkan Sarawak mencatat kes tertinggi hari ini dengan 3,732 kes diikuti Johor (1,959), Selangor (1,934) dan Pulau Pinang (1,417).

“Tiga negeri lagi yang mencatat kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Kelantan (1,338), Sabah (1,291) dan Perak (1,184),” katanya. 

Menurut Dr Noor Hisham, enam negeri merekodkan kes COVID-19 tiga angka hari ini iaitu Kedah (786), Pahang (707), Terengganu (592), Kuala Lumpur (359), Melaka (264) dan Negeri Sembilan (127). 

Sementara itu, Putrajaya, Perlis dan Labuan mencatat kes dua angka dengan masing-masing 34, 23 dan 12 kes. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan