Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di M'sia terus menurun, susut ke bawah 5,000

Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini (2 Nov) terus menurun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di M'sia terus menurun, susut ke bawah 5,000

Gambar: AFP

Diterbitkan : 21 Nov 2021 08:46PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 08:48PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini (2 Nov) terus menurun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya jumlah kumulatifnya di negara ini sudah mencecah 2,586,601 kes.

Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu sebanyak 98.2 peratus atau 4,768 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 86 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,525 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,487,809, manakala tiga kluster baru dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 235.

“Sebanyak 541 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) dengan 267 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian COVID-19.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.01, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.17 diikuti Labuan (1.16) dan Kuala Lumpur, Kelantan serta Selangor masing-masing 1.08.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini selepas tengah malam setiap hari. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan