Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di M'sia susut 5 hari berturut-turut

Kes COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan untuk lima hari berturut-turut apabila 14,345 kes dicatatkan pada hari ini (20 Sep) berbanding 14,954 kes semalam. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di M'sia susut 5 hari berturut-turut

(Gambar: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 20 Sep 2021 06:58PM Dikemas Kini : 20 Sep 2021 07:00PM

KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan untuk lima hari berturut-turut apabila 14,345 kes dicatatkan pada hari ini (20 Sep) berbanding 14,954 kes semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata Sarawak mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 3,611 kes diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365) dan Sabah (1,255). 

“Tiga negeri lagi yang mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes adalah Pulau Pinang dengan 1,170 kes, Perak (1,090) dan  Kelantan (1,050),” katanya. 

Menurut Dr Noor Hisham, lima negeri mencatatkan kes COVID-19 tiga angka hari ini adalah Kedah dengan 967 kes, Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307) dan Melaka (162). 

Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka dengan masing-masing 51 dan 11 kes sementara Labuan merekodkan sifar kes hari ini. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan