Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di M'sia merosot kepada 16,073

Sebanyak 16,073 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat pukul 12.00 tengah hari ini (13 Sep), merosot berbanding 19,198 kes semalam (12 Sep), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di M'sia merosot kepada 16,073

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Sep 2021 05:11PM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 05:16PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16,073 kes baru COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat pukul 12.00 tengah hari ini (13 Sep), merosot berbanding 19,198 kes semalam (12 Sep), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi catatan di Twitter dan Facebook, beliau memaklumkan perkembangan baru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini, kini menghampiri angka dua juta dengan mencatatkan 1,995,771 kes.

Sementara itu, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi sejak minggu lepas dengan 3,522 kes hari ini, namun menunjukkan penurunan berbanding 5,291 semalam.

Johor pula mencatat kes harian kedua tertinggi dengan 2,030, diikuti Selangor (1,947); Sabah (1,649); Pulau Pinang (1,243); Kedah (1,191); Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).

Negeri yang merekodkan kes harian baru di bawah empat angka adalah Pahang (878); Terengganu (704); Kuala Lumpur (398); Melaka (206); Negeri Sembilan (156); Perlis (41); Putrajaya (16) dan Labuan (11).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 83 peratus atau 1,293 daripada 1,558, manakala katil bukan ICU ialah 75 peratus (13,026) daripada 17,370 katil.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan