Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes COVID-19 di India jangkau 20 juta

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa (4 Mei), menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di India jangkau 20 juta

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 May 2021 02:55PM Dikemas Kini : 04 May 2021 02:57PM

NEW DELHI: Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa (4 Mei), menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sementara itu, lagi 3,449 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408.

Sejak Sabtu (1 Mei), terdapat sedikit penurunan selepas negara itu mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes.

Negara itu mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin (3 Mei). 

India yang bergelut dengan peningkatan kes menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh menyaksikan hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan. Banyak negara tampil menghulurkan bantuan dengan menghantar bekalan perubatan.

Kebanyakan pesakit dilaporkan meninggal dunia setelah hospital-hospital di sana tidak lagi berupaya menyediakan bantuan peralatan oksigen. 

India minggu lalu memulakan kempen vaksinasi kepada penduduk berumur 18 tahun ke atas namun, usaha itu berdepan kesukaran kerana terdapat beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menurut data, setakat ini sebanyak 158 juta dos vaksin sudah diberikan. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan