Images
  • india covid-19 hospital
    Seorang doktor memeriksa seorang pesakit COVID-19 di sebuah hospital di New Delhi, India pada 1 Mei 2021. (Gambar: REUTERS/Danish Siddiqui)

Kes COVID-19 di India hampir cecah 20 juta

NEW DELHI: India mencatatkan 368,147 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan jumlah keseluruhan hampir cecah 19,926,000 kes, lapor Xinhua, memetik kementerian kesihatan pada Isnin (3 Mei).

Selain itu, lebih 3,400 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad, menjadikan jumlah korban menghampiri 219,000.

Sejumlah 3.4 juta kes aktif direkodkan peningkatan sekitar 64,000, manakala hampir 16.3 juta pesakit sembuh.

Angka kes harian terus meningkat di negara tersebut, dan pemerintah melaksanakan langkah-langkah baru untuk membendung penularan. Beberapa peperiksaan sekolah dibatalkan atau ditunda berikutan keadaan yang semakin buruk.

India memulakan kempen vaksinasi pada Januari, dan setakat ini lebih 157 juta dos telah diberikan.

Fasa ketiga vaksinasi untuk warga berusia 18 tahun ke atas bermula Sabtu lalu.

Sementara itu, sebanyak 291.6 juta ujian saringan sudah dilakukan setakat ini dan pada Ahad sahaja lebih setengah juta ujian dilakukan, menurut data terbaru Majlis Penyelidikan Perubatan India pada Isnin.

Di New Delhi, bandar raya paling terjejas menyaksikan lebih 20,000 kes baru dan 407 kematian pada Ahad.

Menurut Jabatan Kesihatan bandar raya itu setakat ini hampir 17,000 orang meninggal dunia akibat COVID-19.

New Delhi telah dikenakan sekatan pergerakan selama tiga minggu hingga 10 Mei.

- BERNAMA/TQ/tq

Top