Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes campur tangan Rusia: Peguam Negara AS yang pertama disoal Pendakwa Raya Khas

Jabatan Keadilan Amerika menyatakan Pendakwa Raya Khas, Robert Mueller menyoal Encik Sessions selama beberapa jam minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2018 06:11PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 08:55PM

AMERIKA SYARIKAT: Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions menjadi anggota kabinet Presiden Trump yang pertama disoal oleh Pendakwa Raya Khas yang menyiasat dakwaan campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya Presiden Amerika tahun 2016.

Jabatan Keadilan Amerika menyatakan Pendakwa Raya Khas, Robert Mueller menyoal Encik Sessions selama beberapa jam minggu lalu.

Siasatan Encik Mueller termasuk mengenai kemungkinan Presiden Trump melakukan tindak-tanduk yang bertujuan menghalang siasatan FBI mengenai hubungan antara kempen pilihan raya Encik Trump dengan pihak Rusia.

Ini termasuk tindakan Presiden Trump memecat Pengarah FBI, James Comey pada 9 Mei tahun lalu.

Encik Sessions terlibat secara langsung dalam pemecatan Encik Comey itu.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan