Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes bunuh simpan mayat amah Filipina dalam peti sejuk, suami isteri ke tali gantung

Seorang lelaki warga Lubnan dan isterinya rakyat Syria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh sebuah mahkamah Kuwait selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Filipina, menurut sebuah sumber kehakiman.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh simpan mayat amah Filipina dalam peti sejuk, suami isteri ke tali gantung

Kakak pembantu Filipina yang dibunuh penuh kesedihan. (Gambar: TED ALJIBE/AFP)

Diterbitkan : 02 Apr 2018 09:37AM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 09:39AM

KUWAIT: Seorang lelaki warga Lubnan dan isterinya rakyat Syria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh sebuah mahkamah Kuwait selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Filipina, menurut sebuah sumber kehakiman.

Mayat Joanna Demafelis, 29 tahun ditemui di dalam sebuah peti sejuk di Kuwait awal tahun ini.

Pasangan tersebut masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman itu jika pulang ke Kuwait, menurut sumber itu kepada AFP dengan syarat tidak bernama.

Duta Filipina Renato Pedro Villa enggan memberi komen tentang keputusan mahkamah itu sambil memberitahu AFP bahawa negaranya akan menantikan tafsiran kedua-dua yang tertuduh.

Pasangan Lubnan-Syria itu menjadi buruan Interpol dan ditangkap Februari lalu di Damsyik, ibu kota Syria.

Pihak berkuasa Syria menyerahkan si suami, Nader Essam Assaf, kepada pihak berkuasa Lubnan manakala isterinya, ditahan di Damsyik.

Di tengah-tengah kes pembunuhan Demafelis, Manila berusaha untuk memudahkan rakyatnya yang ingin meninggalkan negara tersebut, termasuk mereka yang sudah tidak mempunyai status penduduk.

Encik Villa memberitahu AFP semalam (1 Apr) bahawa negaranya sudahpun membawa pulang 4,000 rakyat Filipina yang menetap di Kuwait tanpa dokumen-dokumen sewajarnya. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan