Images
  • India COVID
    Wanita memakai pelitup di India. (REUTERS/Francis Mascarenhas/Files)

Kes baru COVID-19 India jangkaui 100,000 dalam 24 jam

NEW DELHI: Keadaan penularan COVID-19 di India kian memprihatinkan.

Buat pertama kalinya jumlah kes barunya melepasi 100,000 pada Isnin (5 Apr).

Lebih 103,500 kes dilaporkan dan hampir 480 lagi pesakitnya meninggal dunia.

Lebih separuh daripada jumlah jangkitan di India sepanjang dua minggu lalu dikesan di Maharashtra, wilayah terkaya di India di mana terletak bandar Mumbai, pusat kewangan benua kecil itu.

Keadaan tersebut menyebabkan sekatan ketat dikuatkuasakan kembali di Maharashtra sejak malam semalam.

Perintah berkurung dilaksanakan dari lapan malam hingga tujuh pagi dan larangan perjalanan sepenuhnya pada hujung minggu.

Selain itu sesiapa yang tidak pakai pelitup akan dikenakan denda.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India, hampir 12.6 juta adalah yang ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Lebih 165,000 pesakitnya pula sudah meninggal dunia. 

- Agensi berita/MU/tq

Top