Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia susut lagi, sekitar 13,100 dilaporkan

Kes baru COVID-19 di seluruh Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas setakat 12 tengah hari tadi (26 Sep) menunjukkan penurunan dengan 13,104 kes direkodkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia susut lagi, sekitar 13,100 dilaporkan

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 06:16PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 06:21PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di seluruh negara Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas setakat 12 tengah hari tadi (26 Sep) menunjukkan penurunan dengan 13,104 kes direkodkan.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 795 berbanding 13,899 kes semalam.

"Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 2,198,235," katanya.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,943 disusuli Selangor (1,558), Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 ialah Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362) dan Negeri Sembilan (165).

"Perlis mencatatkan sebanyak 80 kes, Putrajaya 24 kes manakala di Labuan, terdapat empat kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan