Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia naik lagi melebihi 2,000

Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat semula apabila 2,551 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam (16 Apr), berbanding 2,148 kes semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia naik lagi melebihi 2,000

Gambar fail. (Gambar: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 07:08PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 07:09PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia meningkat semula apabila 2,551 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam (16 Apr), berbanding 2,148 kes semalam.

Sarawak menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baru dengan 960 kes diikuti Selangor (590) dan Kuala Lumpur (245).

Menurut Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kelantan pula mencatat 164 kes; Sabah (143); Johor (121); Pulau Pinang (91); Negeri Sembilan (53); Perak (49); Pahang (47); Kedah (35); dan Melaka (28).

Sejumlah 16 kes dicatat di Terengganu manakala Putrajaya mencatat enam kes, Perlis (dua) dan Labuan merekodkan satu kes bagi tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menyatakan 1,524 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat wabak itu sebanyak 350,563, manakala dua lagi kematian dicatatkan melibatkan warga tempatan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini pada angka 18,600 manakala 227 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata tujuh kluster baru dikenal pasti melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan serta masing masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan iaitu Kluster Jepak di Sarawak serta Sri Layang di Pahang.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Sultan Iskandar di Sarawak; Jalan Balakong (Selangor); Jalan Kia Peng (Kuala Lumpur); manakala kluster pusat tahanan pula dinamakan DTI Sandakan di Sabah serta Lenggeng (Negeri Sembilan). 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan