Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes baru COVID-19 di M'sia kembali meningkat, hampir cecah 12,400

Kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Malaysia kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan pada Selasa (20 Jul), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia kembali meningkat, hampir cecah 12,400

Para pekerja hijrahan menunggu untuk menerima suntikan dos vaksin COVID-19 di sebuah kilang di Pulau Indah, Malaysia, pada 8 Jul 2021. (Gambar: Lim Huey Teng)/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 06:41PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 06:46PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Malaysia kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan pada Selasa (20 Jul), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 939,899.

Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baru dengan 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) Sabah (657) dan Pulau Pinang (460).

Sarawak merekodkan 351 kes, Melaka (309), Perak (295), Pahang (288),Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) manakala Perlis hanya dua kes.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan