Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes arak beracun di Msia: Angka kematian cecah 31

Jumlah kematian dalam kes keracunan arak di Malaysia meningkat kepada 31 orang dengan dua lagi kematian dicatatkan di Selangor, hari ini (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes arak beracun di Msia: Angka kematian cecah 31

Antara arak yang dirampas. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 05:23PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 05:31PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian dalam kes keracunan arak di Malaysia meningkat kepada 31 orang dengan dua lagi kematian dicatatkan di Selangor, hari ini (22 Sep).

Lagi 47 orang menerima rawatan di hospital akibat keracunan metanol dengan sebilangan daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah, berkata sembilan yang maut adalah warga tempatan manakala bakinya terdiri daripada warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Mazlan Mansor berkata seramai 10 orang termasuk tujuh warga asing berusia antara 19 hingga 48 tahun ditahan dalam 13 serbuan di sekitar daerah Shah Alam, Gombak, Sungai Buloh dan Kajang menerusi Ops Methanol yang dilancarkan sejak kelmarin (20 Sep).

“Lima daripada 10 suspek termasuk seorang wanita tempatan dibebaskan dengan jaminan polis manakala selebihnya masih ditahan reman dan disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Menerusi operasi sama juga, Polis Selangor turut merampas 1,021 botol arak dan 1,695 tin bir pelbagai jenama.

Polis percaya semua mangsa meminum dua jenama wiski dan sejenis bir yang dibeli dari pelbagai kedai. Media tempatan mengenal pasti tiga jenama itu sebagai King­fisher Beer, Mandalay Whisky serta Grand Royal Whisky, dipercayai buatan India dan Myanmar.

Kes kematian itu disiasat sebagai menyebabkan kematian tanpa niat membunuh (culpable homicide) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, penjara atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa kesihatan menggesa mereka yang menunjukkan simptom keracunan metanol seperti muntah, loya, sakit perut, kabur penglihtan dan sakit kepala selepas mengambil minuman mengandungi alkohol agar segera mendapatkan rawatan.   

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan