Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kertas siasatan MB Kedah pandu uji kereta sewaktu PKP 3.0 dirujuk kepada polis

Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat penjualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kertas siasatan MB Kedah pandu uji kereta sewaktu PKP 3.0 dirujuk kepada polis

Gambar-gambar yang tular di media sosial mendakwa MB Kedah uji pandu kereta sewaktu PKP. (Gambar: Nini Siron/Facebook)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 10:26AM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 10:35AM

BUKIT MERTAJAM: Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat penjualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Kertas siasatan kes itu telah siap dan ia dirujuk kepada USJT Bukit Aman untuk diperhalusi dan diteliti selepas semuanya selesai, kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat pendakwaan bagi tindakan lanjut.

“Setakat ini seramai 10 orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Besar Kedah, penjual kereta dan pemilik pusat penjualan kereta serta pengadu dan suaminya, polis juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tersebut,” kata beliau.

Katanya lagi, siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Para netizen kecoh susuli penularan gambar dan video di media sosial memaparkan individu yang dipercayai adalah Encik Muhammad Sanusi, memandu uji sebuah kereta pada Sabtu lalu (5 Jun), sedangkan Malaysia kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat penjualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan