Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerjasama Darul Quran dengan institut pengajian tinggi lahir hampir 1,800 huffaz

Seramai 1,790 huffaz profesional dalam pelbagai bidang akademik dilahirkan melalui kerjasama antara Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan institusi pengajian tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama Darul Quran dengan institut pengajian tinggi lahir hampir 1,800 huffaz

Gambar fail mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). (Gambar: IIUM/Facebook)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 11:59PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 12:04AM

CYBERJAYA: Seramai 1,790 huffaz profesional dalam pelbagai bidang akademik dilahirkan melalui kerjasama antara Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan institusi pengajian tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerjasama yang diterokai sejak 2000 itu melibatkan tiga universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS).

Kejayaan itu terhasil melalui pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran bermula 2000, yang menyasar melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai bidang seiring Pelan Tindakan Pemerkasaan Darul Quran 2015-2019, katanya.

"Alhamdullilah, pengintegrasian dua bidang ilmu ini sudah menampakkan kejayaan melalui kelahiran jurutera, pakar pengurusan dan doktor huffaz dari institusi pendidikan berkenaan," kata Dr Mujahid.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jakim dan CUCMS bagi pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Darul Quran-CUCMS diadakan hari ini (8 Okt).

Mengenai MoU itu, Dr Mujahid berkata ia adalah lanjutan kepada kerjasama terjalin antara Jakim dengan CUCMS pada 2013.

Perjanjian itu, tambah beliau, berjaya melahirkan produk sulung dimana seramai sembilan pelajar CUCMS bergelar 'doktor al-hafiz' dianugerahkan Sijil Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS pada majlis konvokesyen universiti itu pada 11 Ogos lalu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan