Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerja pembersihan besar-besaran di Hong Kong selepas dibadai Mangkhut

Hong Kong memulakan kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran pada Isnin (17 September) selepas Taufan Mangkhut membadai bandar itu, menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan banjir besar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2018 01:42PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:30PM

HONG KONG: Hong Kong memulakan kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran pada Isnin (17 September) selepas Taufan Mangkhut membadai bandar itu, menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan banjir besar. Berpuluh-puluh nyawa terkorban di Filipina dan berjuta-juta penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat selamat di selatan China.

Angka korban di Filipina, di mana pulau Luzon dilanda angin kencang dan hujan lebat, meningkat kepada 65 mangsa semalam apabila para penyelamat menemui lebih banyak mayat daripada kejadian tanah runtuh di bandar Itogon yang terletak di kawasan pergunungan.

Jurucakap polis negara, Superintenden Kanan Benigno Durana memberitahu AFP bahawa 43 orang dilaporkan hilang, dan lebih 155,000 penduduk masih berteduh di pusat perlindungan sementara, dua hari selepas dilanda taufan tersebut.

Selepas mengganas di Luzon dan membadai Hong Kong dan Macau, ribut tersebut melanda tanah besar China lewat Ahad (16 Sep), dengan dua orang dilaporkan maut di wilayah Guangdong.

Menurut pihak berkuasa di sana, mereka sudah memindahkan lebih tiga juta penduduk dan mengarahkan berpuluh-puluh ribu bot nelayan kembali ke pelabuhan sebelum ketibaan apa yang disifatkan media sebagai "Raja Segala Ribut".

Di bandar raya Hong Kong yang banyak bangunan pencakar langit, pihak pemerintah menyifatkan kemusnahan itu sebagai "dahsyat dan meluas" dengan lebih 300 orang dilaporkan cedera akibat Mangkhut yang mendorong pihak berkuasa untuk menaikkan tahap amaran ke paras maksimum "T10".

Kerja-kerja pembersihan itu dijalankan sedang para penduduk cuba menggunakan jalan raya yang tersekat akibat lumpur, serpihan dan pokok-pokok yang tumbang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan