Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kereta kabel di Bolivia bakal diiktiraf Guinness sebagai yang terbesar

Rekod Dunia Guinness akan mengiktiraf sistem kereta kabel di Bolivia sebagai yang terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta kabel di Bolivia bakal diiktiraf Guinness sebagai yang terbesar

Petikan gambar daripada video yang menunjukkan kereta kebel di Bolivia.

Diterbitkan : 30 Jan 2018 07:21PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 08:39PM

EL ALTO: Rekod Dunia Guinness akan mengiktiraf sistem kereta kabel di Bolivia sebagai yang terbesar di dunia.

Sistem kereta kabel itu menghubungkan La Paz dan El Alto dan ia mula beroperasi pada 2014 sebagai sebahagian daripada inisiatif Presiden Evo Morales untuk mengurangkan kesesakan di La Paz.

Beroperasi pada ketinggian 3,600 meter hingga 4,000 meter, sistem ini meliputi jarak sejauh 30 kilometer.

Kereta kabel berkuasa elektrik ini mempunyai khidmat wifi dan bergerak di kawasan yang mempunyai pemandangan indah Banjaran Andes.

Pada masa ini 59,000 penumpang menggunakannya setiap hari.

Namun syarikat pengendalinya berharap menambah jumlah penumpangnya kepada 300,000 orang sehari apabila semua stesennya siap dibina. 

Sumber : Reuters/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan