Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan tidak akan beli balik Proton - Dr Mahathir

Kerajaan baru tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd kerana ia kini menjadi milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan tidak akan beli balik Proton - Dr Mahathir

(Gambar: Proton Cars/Facebook)

Diterbitkan : 23 May 2018 05:51PM Dikemas Kini : 23 May 2018 05:52PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan baru tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd kerana ia kini menjadi milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini (23 Mei).

Tan Sri Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB-Hicom Bhd menerusi syarikat persendiriannya, Etika Strategi Sdn Bhd, di mana beliau memiliki 90 peratus kepentingan ekuiti.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, adalah kereta nasional pertama negara dan merupakan idea Dr Mahathir semasa tempoh pentadbirannya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, Proton mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini dan membawa kepada penjualan 49.9 peratus pegangan dalam syarikat itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dari China dengan harga RM460.3 juta (S$155.47 juta), pada Jun tahun lalu.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, dilaporkan Pakatan Harapan, yang dipimpin oleh Dr Mahathir, mungkin mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional sekiranya gabungan parti itu memenangi pilihan raya.

Ini menyusuli peluang yang amat besar bagi pengeluar kereta, yang juga akan membawa kesan sampingan kepada syarikat alat-alat ganti kereta.

Penjualan keseluruhan industri berjumlah 514,679 unit pada 2017, di mana daripada jumlah itu penjualan Proton adalah sebanyak 70,991 unit.

Semasa era kegemilangannya, Proton menguasai penjualan kereta tempatan dengan hampir 80 peratus kereta penumpang baru terjual. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan