Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Thailand minta maaf atas masalah jerebu buruk di Bangkok

Kerajaan Thailand meminta maaf kepada para penduduk Bangkok kerana pencemaran udara yang buruk di ibu kota itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Thailand minta maaf atas masalah jerebu buruk di Bangkok

Jerebu berlarutan di Bangkok akibat cuaca kering.

Diterbitkan : 02 Feb 2019 08:01PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 08:02PM

BANGKOK: Kerajaan Thailand meminta maaf kepada para penduduk Bangkok kerana pencemaran udara yang buruk di ibu kota itu.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-ocha akur bahawa jerebu asap di Bangkok berpunca akibat kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak diesel.

Beliau turut menyeru kepada para pemilik kenderaan sedemikian supaya menggunakannya hanya apabila benar-benar perlu.

Sejak lewat Disember lalu, kandungan habuk halus PM2.5 yang berbahaya sudah berada di paras tidak sihat. Ia menjejas ibu kota Thailand dan wilayah berhampiran. Jerebu asap berwarna kelabu kuning dilaporkan boleh menjejas kesihatan.

Para penduduk menyuarakan kebimbangan mereka di media sosial dan meminta pihak berkuasa supaya menggiatkan lagi usaha bagi menangani masalah pencemaran udara itu.

Pihak berkuasa Bangkok sudahpun melaksanakan beberapa langkah serta mencuba beberapa cara untuk mengurangkan jerebu asap. Ini termasuk mengharamkan kenderaan yang mengeluarkan asap tebal dan bertindak lebih tegas terhadap orang ramai yang melakukan pembakaran di luar rumah.

Namun, belum banyak kemajuan dicapai. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan