Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Thai luluskan belanjawan S$146 bilion bagi tahun fiskal 2020

Kabinet Thailand pada Isnin (7 Okt) meluluskan belanjawan berjumlah 3.2 trilion baht (S$146.4 bilion) bagi tahun fiskal 2020 dalam usaha merangsang ekonomi negara itu yang lembap, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Thai luluskan belanjawan S$146 bilion bagi tahun fiskal 2020

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 08:51PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 08:55PM

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Isnin (7 Okt) meluluskan belanjawan berjumlah 3.2 trilion baht (S$146.4 bilion) bagi tahun fiskal 2020 dalam usaha merangsang ekonomi negara itu yang lembap, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Perbelanjaan keseluruhan Thailand dijangka 7 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 3 trilion baht, dengan defisit diunjurkan pada jumlah 469 bilion baht atau 2.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu 450 bilion baht (S$20.45 bilion).

Pelaburan kerajaan diunjurkan pada jumlah 656 bilion baht (S$29.8 bilion) atau 20.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu 649 bilion baht (S$29.5 bilion).

Satu rang undang-undang mengenai kesan ini dijangka berkuat kuasa pada awal Februari 2020 selepas mendapat kelulusan semua pihak dan perkenan raja pada akhir Januari, kata Ketua Biro Bajet Thailand Dechapiwat Na Songkhla.

Bacaan pertama rang undang-undang itu di parlimen dijadualkan pada 17 dan 18 Okt manakala dua bacaan lagi dijangka pada awal Januari.

Bagaimanapun, ia tidak dijangka diluluskan sebagai undang-undang dalam tempoh empat bulan akan datang susulan kelewatan politik. 

Tahun fiskal bermula pada 1 Okt.

Belanjawan itu sudah ditangguhkan kerana Thailand hanya mempunyai Kabinet baharu pada Julai selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan