Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Pahang disaran henti niaga 15 minit semasa Maghrib

Kerajaan negeri Pahang disaran mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan kempen henti niaga 15 minit untuk solat Maghrib.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Pahang disaran henti niaga 15 minit semasa Maghrib

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/JUNI KRISWANTO)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 10:38PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:51PM

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang disaran mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan kempen henti niaga 15 minit untuk solat Maghrib.

Encik Rosli Abdul Jabar (PAS-Tanjung Lumpur) berkata langkah itu untuk memberi laluan bukan sahaja peniaga tetapi juga orang ramai di premis-premis perniagaan dan di pasar malam untuk berhenti seketika bagi menunaikan solat berkenaan.

“Inisiatif ini telah dikemukakan oleh kerajaan negeri Kelantan serta Terengganu dan alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan baik sehingga kini

“Walaupun kita tahu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang selalu melakukan gerak kerja dakwah di negeri ini, namun yang dicadangkan ini merupakan inisiatif kita sebagai pemimpin untuk menggerakkan solat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan menjunjung Titah Diraja pada persidangan penggal kedua Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini (17 Apr).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan