Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan Melaka tumbang, 4 ADUN umum hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali hari ini (4 Okt), lantas menumbangkan kerajaan negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Melaka tumbang, 4 ADUN umum hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 03:10PM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 03:15PM

MELAKA: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali hari ini (4 Okt), lantas menumbangkan kerajaan negeri itu.

Empat ADUN tersebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron (BN-Sungai Udang), Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas), lapor Astro Awani.

Keempat-empat adun itu sudah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri di Melaka hari ini, lapor Astro Awani..

“Saya bersama empat wakil rakyat ini mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan Sulaiman serta seluruh barisan kerajaan negeri hari ini.

“Kami telah menyerahkan surat ketidakpercayaan hari ini, sekali gus kami akan mencari jalan untuk memberikan peluang kepada Kerajaan negeri ini untuk ditubuhkan,” katanya.

Encik Idris turut menambah bahawa beliau dan Encik Nor Azman bersedia untuk berdepan sebarang tindakan daripada UMNO dan menyerahkannya kepada Lembaga Disiplin parti.

“Saya dan Nor Azman masih lagi bersama UMNO setakat hari inilah. Sebarang tindakan saya serah kepada parti dan kami tunggu dipanggil oleh badan disiplin," kata beliau seperti dilaporkan Astro Awani.

“Kita memang akan berdepan dengan akibat dan sebagainya, bagaimanapun, kami tetap meletakkan kepentingan rakyat atas segalanya kerana banyak perkara tidak terlaksana seolah-olah 'ada dua singa atas satu gunung".

Astro Awani melaporkan sebelum ini terdapat desas desus bahawa empat ADUN kerajaan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH) dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

Encik Idris dan Encik Norhizam yang dikaitkan dengan gerakan itu sebelum ini menafikan terlibat dengan sebarang usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Sulaiman.

Kerajaan Negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan