Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia tegas tolak LGBT

Kerajaan Malaysia tegas dengan pendirian bahawa amalan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima sama sekali di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia tegas tolak LGBT

Perhimpunan pada 9 Mac bagi menuntut hak wanita berhampiran sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. (Gambar: Globalia Naesa/Facebook)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 06:46PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 06:50PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tegas dengan pendirian bahawa amalan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima sama sekali di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini (9 Mac) yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara (LGBT) yang salah di sisi agama Islam.

“Mana mungkin kita mengiktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Malah, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dr Mujahid mengulas mengenai satu perhimpunan pada 9 Mac bagi menuntut hak wanita yang diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) serta penyokong LGBT dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut.

Antara perkara dituntut kumpulan terbabit pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Perhimpunan itu bagaimanapun difahamkan tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Dr Mujahid berkata beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga mengesahkan perhimpunan itu tidak memperoleh permit daripada polis kerana notis permohonan dikemukakan kepada polis kurang 10 hari dari tarikh perhimpunan itu dijadualkan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan