Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia serah kes Kertas Pandora kepada pihak berkuasa

Kerajaan Malaysia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia serah kes Kertas Pandora kepada pihak berkuasa

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Oct 2021 02:03PM Dikemas Kini : 16 Oct 2021 02:20PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh. 

"Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa. 

"Pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baca semua laporan, berita yang dikeluarkan, terserah pada mereka, kita tidak menyekat," katanya hari ini (16 Okt).

Isnin lalu (11 Okt), Dewan Rakyat kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa tokoh terkemuka negara.

Usul itu dibawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan