Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M’sia jamin laporan penuh MH370 didedah secara telus

Laporan penuh misi mencari pesawat MH370 akan dibentangkan secara terperinci dan telus kepada orang ramai, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 May 2018 10:13AM Dikemas Kini : 29 May 2018 09:24PM

KUALA LUMPUR: Laporan penuh misi mencari pesawat MH370 akan dibentangkan secara terperinci dan telus kepada orang ramai, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan Malaysia dalam masa terdekat selepas tempoh pencarian pesawat itu tamat hari ini (29 Mei).

Kata beliau, laporan berkenaan akan disiarkan secara terperinci tanpa suntingan kepada orang ramai selepas dibentangkan kepada Kabinet.

"Saya amat serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukannya pakar penerbangan.

"Namun kita beri jaminan laporan itu akan diterbitkan secara terbuka dan telus tanpa mengubah atau sembunyikan apa-apa kandungan termasuklah elemen kontroversi," kata beliau semalam (28 Mei).

Januari lalu, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasar tempoh 90 hari berdasarkan terma No Cure, No Fee (tiada penemuan, tiada bayaran).

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan