Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan M'sia akan tentukan sama ada teruskan pembinaan 'jambatan bengkok', kata Azmin Ali

Kerajaan Malaysia akan menentukan sama ada ia mempunyai keupayaan fiskal untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok, iaitu jambatan ketiga yang akan menghubungkan Johor dengan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia akan tentukan sama ada teruskan pembinaan 'jambatan bengkok', kata Azmin Ali

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 06:15PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 06:18PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menentukan sama ada ia mempunyai keupayaan fiskal untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok, iaitu jambatan ketiga yang akan menghubungkan Johor dengan Singapura.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu dibangkitkan oleh Menteri Besar Johor, Osman Sapian kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini, tetapi “keadaan fiskal Malaysia tidak begitu baik pada masa ini (untuk melabur dalam infrastruktur itu)”.

Encik Mohamed Azmin berkata demikian semasa mengulas mengenai laporan berita semalam (16 Okt) bahawa projek pembinaan jambatan bengkok dicadang diteruskan semula.

Laporan itu turut menyatakan bahawa kerajaan negeri Johor sudah membincangkan perkara itu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.

“Sudah tentu, kita perlu memberi keutamaan kepada projek infrastruktur kita, tetapi saya pasti kerajaan negeri (Johor) akan membangkitkan ini (isu jambatan) di peringkat Persekutuan," kata beliau kepada para wartawan hari ini (17 Okt).

“Sebaik kami menerima cadangan itu, kementerian akan mengkaji perkara ini dan melihat sama ada kami mempunyai kapasiti pada masa ini untuk meneruskan projek itu atau mungkin kita boleh mempertimbangkan semasa keadaan lebih baik untuk kita," kata Encik Mohamed Azmin.

“Apabila keutamaan (ditentukan), ia akan memberi manfaat kepada rakyat. Saya telah sebut pada pertemuan saya dengan para editor, bahawa hospital, sekolah dan jalan raya perlu diberi keutamaan kerana ia akan memberi manfaat kepada rakyat secara langsung," tambah beliau. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan