Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kerajaan ke arah pengharaman perkahwinan kanak-kanak

Kerajaan Malaysia sedang merangka tatacara pengendalian piawai (SOP) bagi mahkamah syariah untuk memperketatkan peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Rawa Yusof.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan ke arah pengharaman perkahwinan kanak-kanak

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 01:16PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 01:17PM

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sedang merangka tatacara pengendalian piawai (SOP) bagi mahkamah syariah untuk memperketatkan peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Rawa Yusof.

Menyifatkan sebagai “langkah jangka pendek”, menteri agama berkenaan berkata kerajaan cenderung ke arah pengharaman terus perkahwinan kanak-kanak, lapor Malaysiakini.

“Kita akan keluarkan SOP untuk memperketatkan prosedur kerana selagi ada peruntukan perkahwinan kanak-kanak, kamu harus hormatinya.

“Ini hanya langkah sementara, langkah jangka panjang lebih penting. Kita patut sampai ekpada pengharaman perkahwinan kanak-kanak,” katanya kepada Malaysiakini hari ini (25 Jul).

Encik Mujahid ditukil agensi berita Malaysiakini sebagai berkata SOP itu dijangka dibentangkan kepadanya untuk penelitian pertama pada penghujung bulan ini.

Sebelum ini, Malaysia digemparkan dengan isu perkahwinan seorang lelaki 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan dengan kanak-kanak 11 tahun.

Pada masa ini, kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin jika mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Bagi bukan Islam, golongan itu harus mendapatkan kebenaran khas ketua menteri atau menteri besar negeri berkaitan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan